Syarikat Derma Kit Ujian kepada Tentera Myanmar

2020-06-01 15:05:44  CRI
Share with:

Tiga syarikat dari China dan Myanmar menderma kit ujian COVID-19 kepada pihak tentera Myanmar bagi membantu melawan pemerebakan wabak di negara itu.

Tentera Myanmar menganggap sinergi melawan wabak akan menggalakkan lagi persahabatan kedua-dua negara.

Pada petang 29 Mei, Kumpulan Industri Media Dokumentari China, Pertubuhan Perhubungan Persahabatan Myanmar-China dan Syarikat Chitkyiyay menyerahkan reagen berkenaan kepada pasukan tentera wilayah Naypyidaw.

Mejar Jeneral Thaung Htaik Shwe selaku komander markas Naypyidaw menerima barang-barang tersebut bagi pihak tentera, berserta ucapan terima kasih.

Katanya, persahabatan antara tentera kedua-dua negara bersejarah lama, dan kedua-dua pihak tolong-menolong sejak dahulu lagi. Pihaknya akan terus bekerjasama dengan China untuk melawan wabak COVID-19.

Menurut statistik Kedutaan Besar China di Myanmar pada pertengahan Mei, sebanyak 162 ribu kit ujian asid nukleik, 3.95 juta pelitup muka dan 48.6 ribu sut pelindung telah disumbangkan kerajaan, tentera dan pelbagai lapisan masyarakat China sejak tercetusnya wabak COVID-19 di negara itu.

胡星