Tindakan Trump Undang Kritikan Keras

2020-06-01 15:09:15  CRI
Share with:
Tindakan Presiden AS, Donald Trump yang memutuskan hubungan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengundang kritikan media pelbagai negara.
 
Memetik laporan jurnal Stern dari Jerman, Trump bertindak sedemikian dengan dalih WHO gagal  melakukan pembaharuan seperti yang dituntutnya. 

Sebelum ini, Trump mengugut untuk menghentikan langsung sumbangan kewangan, malah berundur dari WHO sekiranya tiada pembaharuan substansif dalam masa 30 hari. 

Laporan berkenaan menyebut, Presiden daripada Parti Republikan itu berdepan dengan tekanan besar daripada wabak COVID-19 walaupun sentiasa memperkecil risiko wabak tersebut dalam ucapannya. 

Pada hujung Januari, beliau pernah menyanjung ketelusan dalam usaha China melawan wabak, namun kini berbuat sebaliknya dengan melemparkan kritikan bertali-arus.

Agensi berita  AP pula melaporkan, anggota Parti Demokrat menyifatkan tindakan Trump berkenaan sebagai tidak sah sementara Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi pula menganggap tindakan tersebut tidak bermakna.

 
张哲