Telesidang Sempena Ulang Tahun Ikatan China-Myanmar

2020-06-03 14:46:32  CRI
Share with:

Satu telesidang sempena ulang tahun ke-70 ikatan diplomatik China dan Myanmar diadakan semalam, anjuran kedutaan China di negara itu.

Telesidang tersebut bertemakan "Mewarisi Persahabatan Pauk Phaw, Bina Komuniti Berkongsi Nasib".

Duta Besar China, Chen Hai mengenang kembali hubungan baik sepanjang 70 tahunlalu, sambil mengiktiraf sumbangan besar komuniti Cina kepada persahabatan kedua-dua negara.

Katanya, mereka merupakan saksi, peserta, penggalak dan penyumbang kepada kerjasama dan persahabatan erat kedua-dua negara.

Presiden Dewan Perniagaan China Myanmar U Iai Tunmenyatakan pihaknya akan terus menggalakkan pembangunan Jalur dan Laluan serta koridor ekonomi China-Myanmar, di samping merancakkan interaksi kebudayaan di kalangan rakyat.

胡星