Filipina akan menangguhkan pembatalan Perjanjian Pasukan Pelawat (VFA) dengan Amerika Syarikat (AS) selama enam bulan bermula 1 Jun.
Keputusan tersebut dimaklumkan Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina kepada Kedutaan Besar AS semalam.
Setiausaha Hal Ehwal Luar Teodoro Locsin Jr. menyatakan pihaknya berhak membuat penangguhan lagi selepas berakhirnya tempoh enam bulan itu.
Keputusan untuk menangguhkan pembatalan VFA dibuat atas pertimbangan situasi serantau semasa, dengan persetujuan Presiden Rodrigo Duterte.
Pada 11 Februari lalu, Filipina mengumumkan akan menamatkan VFA dengan AS. Perjanjian yang ditandatangani kedua-dua negara pada 1998 itu menetapkan syarat, skop aktiviti dan kemudahan bagi anggota dan kelengkapan tentera AS di negara itu.