Sampai Masa Tutup Mulut

2020-06-09 13:54:49  CRI
Share with:

Kertas putih mengenai perjuangan China melawan pandemik COVID-19, dianggap bukti ketelusan usaha membendung wabak serta sikap bertanggungjawab negara ini terhadap keselamatan kesihatan awam sejagat.

Presiden sesi ke-74 Perhimpunan Agung PBB (UNGA), Tijjani Muhammad-Bande menyanjung kepimpinan dan ketelusan China dalam perjuangan berkenaan sebagai satu contoh baik.

Senario berbeza berlaku di AS apabila politikusnya menyembunyikan keadaan sebenar penularan wabak dalam negeri dengan hanya mengambil kira kepentingan diri, sehingga menyebabkan wabak merebak luas bahkan mengorbankan begitu ramai nyawa yang tidak berdosa.

Bagi melindungkan kelalaian dan ketidakcekapan sendiri, mereka menuduh China tidak melaporkan maklumat berhubung COVID-19 kepada dunia tepat pada waktunya.

Seperti seruan yang dibuat kertas putih terbabit, masyarakat antarabangsa perlu lebih bersatu padu, menyingkirkan prasangka dan keangkuhan, serta menghentikan cubaan untuk mempolitikkan isu wabak.

Sudah sampailah masanya untuk mereka yang suka berdusta memburuk-burukkan negara lain, menutup mulut dan berusaha mengurangkan kesengsaraan rakyat di negara sendiri.

周乔西