Pelabuhan Dagangan Bebas Bawa Pemacu Baharu

2020-06-09 15:28:40  CRI
Share with:

Pembinaan sebuah pelabuhan perdagangan bebas di Hainan dianggap satu lagi isyarat jelas bahawa China komited mempertingkat keterbukaan, serta menyokong teguh multilateralisme dan globalisasi ekonomi.

Usaha yang bersandarkan inisiatif Presiden Xi Jinping itu juga satu langkah signifikan yang menyasarkan pembangunan sebuah pelabuhan perdagangan bebas dengan tahap keterbukaan yang lebih tinggi.

Pelabuhan baharu itu berfokus kepada kebebasan dan kemudahan dalam enam aspek iaitu perdagangan, pelaburan, aliran modal dan warga rentas sempadan, pengangkutan dan data. Antaranya, status tarif sifar akan diperkenalkan bagi perdagangan komoditi. 

Pembinaan pelabuhan perdagangan bebas di Hainan turut menggambarkan peralihan fokus kerajaan China dalam usaha memperluas keterbukaan, iaitu daripada mengutamakan komoditi dan faktor pengeluaran kepada peraturan dan lain-lain aspek keinstitusian.

 

张哲