China, Filipina Komited Perkasa Hubungan

2020-06-10 11:19:12  CRI
Share with:
China amat mengutamakan perkembangan hubungan dengan Filipina dan bersedia melonjakkan perkongsian strategik komprehensif ke satu tahap baharu.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping dalam surat tahniah kepada rakan sejawatnya, Rodrigo Duterte sempena ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Beliau berkata, hubungan China-Filipina menyaksikan perkembangan yang memberangsangkan dalam tempoh 45 tahun lalu. Kesalingpercayaan dan kerjasama yang terus meningkat serta sinergi membangunkan Jalur dan Laluan yang amat berhasil telah membawa manfaat substansif kepada seluruh rakyat, selain menyumbang kepada kestabilan dan pembangunan serantau. 

Duterte dalam suratnya pula berkata hubungan Filipina-China yang terus berkembang subur, amat signifikan semasa dunia sedang menghadapi cabaran dari segi keselamatan dan kestabilan serta ancaman bukan tradisional seperti wabak COVID-19. 

Filipina akan terus menjunjung prinsip hidup bersama secara damai dan kerjasama saling untung bagi memperkasakan kerjasama strategik komprehensif antara kedua-dua negara demi pembangunan dan kemakmuran bersama.
张哲