Nyata Sekali Sumbangan China Atasi Wabak

2020-06-10 12:07:01  CRI
Share with:


Perspektif, tindakan dan inisiatif yang ditunjukkan China apabila terlibat dalam usaha sama memerangi pandemik COVID-19 di peringkat global merupakan praktik konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Kertas putih mengenai perjuangan China melawan COVID-19 yang dikeluarkan kerajaan akhir-akhir ini mencatatkan keterlibatan dan sumbangan negara ini dalam usaha membendung wabak di serata dunia, sehingga mempamerkan imej yang bertanggungjawab tatkala umat manusia ditimpa ujian getir. 

Kata “kerjasama” diulang berkali-kali dalam kertas putih tersebut, seperti huraian Presiden Xi Jinping bahawa perpaduan dan kerjasama merupakan senjata paling kuat bagi masyarakat antarabangsa untuk mengalahkan pandemik.

Daripada kertas putih itu dapat dilihat saranan China dalam menangani beberapa isu berhubung wabak. Ini termasuklah kerjasama antarabangsa yang efektif untuk mencegah dan mengawal penularan COVID-19, langkah-langkah untuk menghadapi impak wabak terhadap ekonomi dunia, serta bantuan yang disalurkan kepada negara dan wilayah yang kurang kemampuan mengatasi wabak.

Juga ternampak jelas, pendirian China yang menentang perbuatan mempolitikkan wabak, serta komitmennya untuk menambah baik sistem kesihatan awam global.

 

董筱娉