Akuarium Ikan Air Tawar Sungai Mekong Pertama di China

2020-06-10 12:08:43  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_m1

Akuarium Ikan Air Tawar Sungai Mekong di Taman Hutan Asli Xishuangbanna, provinsi Yunnan China secara rasminya dibuka kepada kunjungan awam.

Akuarium yang menggabungkan pelbagai unsur seperti pameran bertema, pengetahuan sains dan hiburan ini dibina untuk memperlihatkan hidupan haiwan akuatik di aliran sungai Mekong dan suasana hutan hujan tropika.

Akuarium ini memaparkan ikan asli dari Sungai Lancang dan Sungai Mekong, ikan air tawar dari Sungai Yangtze, serta amfibia yang jarang didapati dan bernilai tinggi.

图片默认标题_fororder_m2

曹捷