Lagi-lagi "Diplomasi Menipu"

2020-06-11 14:26:33  CRI
Share with:

Tidak syak lagi, menipu dan mencetuskan pertelingkahan sudah menjadi modus operandi bagi politikus AS seperti Mike Pompeo untuk menangani masalah dalam negeri.

Kali ini Setiausaha Negara itu membuat lagi kenyataan bukan-bukan yang memfitnah China "mengeksploitasi" kes George Floyd, orang kulit hitam yang mati ketika ditahan polis Minneapolis bulan lalu.

Kematian Floyd mendedahkan betapa kroniknya penyakit diskriminasi kaum yang berakar umbi dalam masyarakat AS, isu yang turut menyalakan api kemarahan di lingkungan sejagat.

Yang dikatakan "mengeksploitasi" itu padahalnya keprihatinan masyarakat China terhadap tragedi Floyd, sentimen yang wajar bagi mana-mana manusia kerana lahirnya daripada hati nurani.

Pelik sungguh melihat Pompeo langsung tidak mengendahkan jumlah kes jangkitan COVID-19 dalam negeri yang mencecah 2 juta, apatah lagi bandar-bandar yang menjadi medan pemprotes melampiaskan rasa marah membuak-buak.

Sebaliknya dia membutakan mata kepada huru-hara, malahan menabur fitnah dan menanam niat menyerang China dengan bersenjatakan kematian Floyd semata-mata untuk menepis kritikan khalayak.

"Diplomasi menipu" yang menjadi amalan Pompeo sudah pasti akan meninggalkan lembaran hitam dalam sejarah AS.

 

张哲