Cermin Dulu Diri

2020-06-12 13:29:59  CRI
Share with:

Bayangkan sahaja betapa teruknya keadaan di AS bilamana Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) terpaksa merayu kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) untuk mengambil tindakan.

Surat yang dikirim ACLU kepada UNHRC menegaskan sudah sampai masa untuk Washington dikenakan tindakan sepertimana yang dilakukannya terhadap negara-negara lain sebelum ini.

ACLU meminta majlis itu memanggil mesyuarat tergempar mengenai penggunaan kekerasan oleh polis terhadap penunjuk perasaan, sambil menekankan PBB mesti mempertanggungjawabkan kerajaan AS atas pencabulan hak asasi manusia yang berlaku.

Seramai 80% warga AS yang ditinjau The Wall Street Journal dan rangkaian NBC pada 8 Jun berpendapat situasi di negara mereka sudah tidak terkawal.

Malang sekali, sesetengah politikus dan pengamal media tidak mencermin diri walaupun negara berada dalam situasi huru-hara, sebaliknya terus meruncingkan konflik antara ras yang membawa kepada keretakan masyarakat.

Ternyatalah, politikus AS yang membesar-besarkan diri sebagai “pembela hak asasi manusia” sebenarnya yang mengundang tragedi hak asasi.

Akhbar The Independent Britain dalam rencana menerusi laman sesawangnya mengkritik AS yang sentiasa berbicara tentang isu hak asasi manusia sedangkan mereka mengabaikan kewajipan malah nyawa rakyat negara sendiri.

 

 

周乔西