Laporan AS Dusta Belaka

2020-06-13 14:57:34  CRI
Share with:

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mempertikaikan polisi keagamaan China menerusi Laporan Kebebasan Beragama Antarabangsa 2019 yang dikeluarkannya mutakhir ini, serentak Setiausaha Negara Mike Pompeo pula melemparkan lagi dusta bahawa China menyengsarakan penganut agama.

Kebebasan beragama sentiasa dijadikan alasan kerajaan AS untuk mencampuri urusan dalaman negara lain, malah modus operandi untuk menjajakan teori hegemoni.

Kebelakangan ini, politikus negara itu tidak pernah berhenti menjatuhkan reputasi negara-negara lain termasuk China, dengan mendusta Beijing menahan lebih sejuta penduduk etnik minoriti di Xinjiang. Selain melontarkan kata-kata tidak berasas, Washington juga bercampur tangan dalam isu-isu membabitkan wilayah Xinjiang dan Tibet dengan cubaan menggubal akta berkenaan.

Namun, cerita bohong yang direka-reka AS itu gagal menipu kebanyakan negara, dan turut ditolak oleh masyarakat antarabangsa. Persatuan Islam yang paling besar di Indonesia bersuara lantang menyokong polisi keagamaan China yang diamalkan di Xinjiang, dan mengkritik tuduhan negara Barat yang bermotifkan politik bercanggahan dengan fakta sebenar.

Rakyat China merupakan yang boleh memberikan keterangan lanjut tentang polisi keagamaan dan keadaan sebenar di negara ini. Sudah diketahui umum bahawa kebebasan beragama merupakan dasar negara asas China. Ambil Xinjiang sebagai contoh, terdapat lebih 28,000 tempat ibadat di Xinjiang, dengan hampir 30,000 tokoh agama. Secara puratanya, terdapat sebuah masjid bagi setiap 530 penduduk, nisbah yang lebih tinggi daripada banyak negara Islam. Sebaliknya, jumlah masjid di AS tidak sampai satu persepuluh yang ada di Xinjiang.
 
董筱娉