Kemboja Harap Manfaatkan Teknologi China

2020-06-15 14:28:31  CRI
Share with:

Kemboja berharap bilik ujian di pusat projek lebuh raya Phnom Penh-Sihanouk dapat merancakkan pertukaran teknikal dan latihan kakitangan dengan China, supaya memanfaatkan teknologi dan pengalaman China dalam pembinaan infrastrukturnya.

Setiausaha Negara di Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan Kemboja, Yit Bunna berkata demikian ketika diwawancara wartawan Agensi Berita Xinhua semalam.

Projek lebuh raya yang dibina secara usaha sama atas pelaburan China Road and Bridge Company (CRBC) itu dilancarkan pada Mac 2019 dengan pembiayaan berjumlah USD2.019 bilion (RM8.6 bilion). Selepas siap dibina, prasarana 'bina-operasi-pindah' (BOT) tersebut akan menjadi lebuh raya yang pertama di Kemboja.

Yit Bunna menyatakan beliau baru-baru ini berkesempatan mengunjungi bilik ujian berkenaan, yang merupakan fasiliti seumpama paling canggih di Kemboja.

Katanya, pembina China telah membawa teknologi paling maju dan menyesuaikannya dengan keperluan persekitaran tempatan. Ini menambah keyakinannya terhadap kawalan kualiti projek lebuh raya tersebut.

曹捷