China, Myanmar Sambung Projek Minyak, Gas

2020-06-16 13:04:46  CRI
Share with:

Kakitangan pelaksana projek petroleum dan gas asli serta bekalan elektrik dan infrastruktur yang diusahakan bersama China dan Myanmar telah menyambung semula kerja mereka menerusi "saluran cepat".

Perkembangan ini, yang dimaklumkan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian di Beijing semalam, kondusif kepada pembinaan koridor ekonomi dan pembangunan sosioekonomi kedua-dua negara.

Dimaklumkan, walaupun kedua-dua negara mempunyai garis sempadan sepanjang lebih 2,200 kilometer, namun setakat ini tiada kes COVID-19 yang merebak antara satu sama lain. 

高蕾