Lebih Cepat daripada Dijangka

2020-06-16 14:10:48  CRI
Share with:

Ekonomi China pulih lebih cepat daripada dijangka, jika melihat kepada data operasi bulan Mei yang diumumkan Biro Statistik Negara (NBS) semalam. Data tersebut merekodkan penggunaan yang terus meningkat sementara prestasi jualan pasaran makin baik pada tiga bulan berturut-turut berikutan wabak COVID-19 dibendung dengan berkesan. Skala jualan runcit bulan Mei telah mendekati parasnya pada masa sama tahun lalu, manakala indeks pengeluaran industri perkhidmatan meningkat 1.0% dan nilai tambahan industri pembuatan berteknologi tinggi naik 8.9%. Selain itu, output peralatan percetakan 3D, jam tangan pintar, wafer litar bersepadu dan produk lain masing-masing melonjak lebih 70%.

Pada bulan lalu, Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 2.4% iaitu rekod terendah dalam tempoh 14 bulan, manakala Indeks Pengurus Pembelian Sektor (PMI) sektor pembuatan mencatat 50.6%, kekal di atas paras tengah kitaran “boom and bust” untuk bulan ketiga berturut-turut.

Ahli ekonomi utama yang juga ketua penyelidikan rantau Asia Pasifik Deutsche Bank, Michael Spence menyatakan pemulihan ekonomi China kelihatan amat mengagumkan dan peningkatan semula permintaan domestik mungkin dapat membantu ekonomi China tumbuh 5% hingga 6% pada suku tahun kedua berbanding dua bulan lalu.

Penganalisis dari kumpulan pengurus pelaburan Black Rock Amerika Syarikat menganggap, ekonomi China pulih lebih cepat daripada jangkaan dan berkemungkinan kembali ke haluan peningkatan sebelum wabak menjelang hujung tahun. Penggunaan kuat yang dijana pasaran berpopulasi 1.4 bilion tetap enjin utama pertumbuhan ekonomi China. Selain itu, China selama ini komited kepada pembangunan teknologi tinggi dan dasar pembangunan dipacu inovasi. Hasilnya, industri teknologi tinggi akan kekal sebagai penggerak kuat bagi pembangunan ekonomi.

曹捷