Apabila Lidah Sendiri Dibidas

2020-06-17 14:09:44  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_webwxgetmsgimg (1)

Tiada maknanya Amerika Syarikat (AS) melaung-laungkan ungkapan “kebebasan bersuara” apabila Rumah Putih sendiri membidas media tempatan kerana kononnya “menyebarkan propaganda” China. Sebuah dokumen dalaman Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS yang didedahkan baru-baru ini, memetik arahan Rumah Putih supaya CDC menolak permohonan wawancara oleh “mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengan Voice of America (VOA)”. Tidak lama kemudian, ketua dan timbalan ketua VOA kedua-duanya mengumumkan peletakan jawatan, perkembangan yang dipercayai berpunca daripada langkah balas kerajaan menyusuli kecaman keras terhadap lidah rasmi itu April lalu.

Laporan VOA pada awal April telah menyanjung langkah menutup bandar Wuhan sebagai satu contoh kejayaan membendung wabak COVID-19. Pujian seumpama mengundang kemarahan Rumah Putih yang menuduh VOA “menyebarkan propaganda” China menggunakan duit rakyat AS. Pemimpin AS bahkan mengutuk laporan VOA tersebut sebagai “menjijikkan” semasa satu sidang akhbar.

Selain VOA, media tempatan lain termasuk NBC, CNN, The New York Times dan Fox News juga menjadi sasaran kritikan pemimpin AS, sebaik sahaja melaporkan berita berhubung usaha China melawan wabak. Media sosial juga dihadkan melalui perintah pentadbiran supaya dijadikan alat demi kepentingan politik sendiri.

Baru-baru ini, Twitter memadamkan lebih 170 ribu akaun pengguna yang dianggap “berkaitan dengan kerajaan China” kerana “menyebarkan kenyataan yang menguntungkan geopolitik China”.


Jurnalis AS, Michelle Goldberg mengkritik bahawa penularan COVID-19 dalam negeri kian teruk, namun kerajaan tetap berdegil menghina pengetahuan profesional. Sikap merekalah sebenarnya ancaman lebih langsung terhadap kesihatan rakyat AS.

图片默认标题_fororder_webwxgetmsgimg

 

张宪