Anjuran Xi Suntik Tenaga Positif

2020-06-19 13:51:31  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping menganggap penting usaha bersama China dan Afrika dalam melawan wabak, begitu juga ikatan persahabatan yang lebih erat ke arah membentuk komuniti kesihatan dan komuniti berkongsi nasib bersama. Inisiatif yang dikemukakan beliau dalam ucap tama pada telesidang kemuncak khas China-Afrika mengenai COVID-19 kelmarin, dilihat sebagai isyarat kuat mengenai solidariti semasa melawan wabak dan mengatasi kesukaran, juga menunjukkan hala tuju kerjasama pragmatik kedua-dua pihak, sekali gus menyuntik tenaga positif yang kuat kepada kerjasama sejagat membendung wabak. 

Wabak yang masih menular di dunia, menyukarkan tugas baik bagi China mahupun Afrika untuk mengekang pemerebakannya di samping menstabilkan ekonomi dan menjamin kehidupan rakyat. Empat anjuran Xi serta langkah-langkah spesifik yang disarankan bukan sahaja mengambil kira keperluan kerjasama China dan Afrika dalam perjuangan melawan wabak, juga menyasarkan pembangunan yang mampan di benua terbabit Pengisytiharan bersama yang diumumkan telesidang kali ini turut menyentuh tujuh konsensus antara kedua-dua belah. 

Pihak Afrika menyanjung tinggi kesungguhan kerajaan China membendung penularan wabak serta memaklumkan perkembangan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara berkenaan tepat pada masanya dengan sikap yang terbuka, telus dan bertanggungjawab. Mereka menzahirkan sokongan terhadap pendirian China dalam isu-isu berkaitan Taiwan dan Hong Kong, demikian juga bagi usaha China memelihara keselamatan negara di Hong Kong. China pula menyokong negara-negara Afrika meneroka jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negara sendiri, dan menentang cubaan dari luar untuk mencampuri urusan dalaman Afrika. Ini benar-benar mencerminkan betapa tingginya rasa saling percaya antara kedua-dua pihak. 

Sepertimana dinyatakan Presiden Xi Jinping, umat manusia pasti akan mengatasi wabak ini kelak. Rakyat China dan Afrika juga akan menikmati kehidupan yang lebih indah.

曹捷