Xinjiang yang Makmur dan Stabil Bongkar Bohong AS

2020-06-21 15:46:12  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) yang menandatangani Akta Dasar Hak Asasi Uygur 2020, memfitnah keadaan setempat dan tadbir urus kerajaan pusat di wilayah terbabit, telah menimbulkan kemarahan nusa dan bangsa China termasuk 25 juta penduduk Xinjiang, dan juga mendapat celaan dari mereka yang menjunjung keadilan di arena antarabangsa. Seperti mana digambarkan dalam dokumentari Tianshan yang Tersergam Indah - Memori Perjuangan Antikeganasan di Xinjiang yang disiarkan CGTN baru-baru ini, penduduk wilayah berkenaan sejak sekian lama menderita kesengsaraan akibat keganasan. Perjuangan kerajaan yang bersifat antikeganasan dan membanteras ekstremisme telah membaik pulih keamanan setempat dan menyediakan jaminan kukuh bagi pembangunan sosioekonomi. Justru berkat usaha itu, tiada lagi insiden keganasan yang berlaku di Xinjiang sejak tiga tahun lalu.

Sejak penghujung tahun 2012, Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) Xinjiang meningkat 8.5% secara purata setiap tahun. Kadar kemiskinan pula menyusut daripada 19.4% pada akhir 2013 kepada 1.24% pada hujung 2019. Selain itu, budaya dan agama yang istimewa di Xinjiang pula dipelihara dengan penuh, dengan wujudnya 28,000 bangunan agama dan 30,000 ahlinya. Selain itu,bahasa Uygur juga diperkenalkan dalam sektor kehakiman, pentabiran, pendidikan, penerangan dan penerbitan. Untuk membantu Xinjiang mewujudkan pembangunan, kerajaan pusat China mendorong pembaikan hidup rakyat.

Sebanyak 70% belanjawan awam diperuntukkan dalam bidang tersebut, terutamanya pendidikan. Sebagai salah satu hab strategik sepanjang Jalur dan Laluan, Xinjiang mempunyai sejumlah pintu sempadan yang mudah menyambungkan benua Asia dengan Eropah. Jumlah eksport wilayah itu pada 2019 melambung 23.8%. Pada tempoh yang sama, pengeluaran teknologi tinggi pula meningkat 7.8%. Xinjiang yang makmur dan stabil mempunyai masa depan yang cerah yang akan menyaksikan pembangunannya melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi. Sejak 2018, lebih 1,000 orang dari 70 delegasi dari 91 negara telah mengunjungi wilayah berkenaan dan menyaksikan keadaan setempat yang berbeza sama sekali dengan apa yang digambarkan politikus AS. Penyunting kanan dari Agensi Berita Qatar, Al Kuwari berlata, keharmonian masyarakat, pembangunan ekonomi, kestabilan politik dapat dirasai, dan kerukunan rakyat berbilang etnik dapat disaksikan.

Menurut Pengarah Pusat Pengajian China Pusat Penyelidikan Strategi Antarabangsa Indonesia, Veronica, Xinjiang yang terus berkembang maju dapat disaksikan seluruh dunia, sekali gus membuktikan betulnya dasar tadbir urus kerajaan pusat China di Xinjiang. Bagaimanapun, segelintir politikus AS tetap asyik membohong. Adakah mereka menyebelahi pengganas? Adakah mereka tidak mahu mengambil iktibar daripada kejadian "11 September"?

张宪