Putus Hubungan, Langgar Hukum Ekonomi

2020-06-23 15:04:06  CRI
Share with:

Tokoh-tokoh utama bidang ekonomi dan perdagangan Amerika Syarikat (AS) melihat cubaan untuk memutuskan seluruhnya hubungan ekonomi dengan China sebagai sesuatu yang “tidak dapat dilaksanakan”, meskipun Washington baru-baru ini mendakwa pilihan tersebut tetap terbuka bagi pihaknya ketika menyusun dasar.

Semakin lama, semakin ramai ahli ekonomi dan pengamal media antarabangsa yang berpendapat ujaran politikus yang sedemikian hanya bertujuan untuk mengaut sokongan pengundi dalam pilihan raya.

Soal menghentikan kebergantungan berkait dengan hukum ekonomi. Yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu ialah kebolehlaksanaannya.

Professor Henry Farell dari Universiti George Washington dan Professor Abraham Newman dari Universiti Georgetown bersependapat bahawa China mungkin menjadi penggerak paling besar bagi pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun ini dan tahun hadapan, maka perusahaan AS diharap boleh mendapat manfaat daripada trend tersebut. Jelas sekali, syarikat yang terlibat dalam pengeluaran dan pemasaran yang menanggung risiko dan tidak akan secara membuta tuli akur kepada arahan politikus yang tidak masuk akal.

Kedudukan penting China dalam susun atur rantai industri global lahirnya daripada keseimbangan antara kos dan keefisienan melalui integrasi sumber yang dilakukan secara organik sejak bertahun-tahun lamanya. Impak jangka pendek wabak COVID-19 tidak mengubah kelebihan komparatif negara ini. Syarikat AS yang meninggalkan China akan kehilangan pasaran yang gergasi dan berpotensi.

Seperti yang disebut oleh Presiden China, Xi Jinping, satu-satunya jalan keluar untuk mengatasi krisis sejagat dan mewujudkan pembangunan mampan adalah dengan mendorong kesalinghubungan serta mengekalkan keterbukaan dan keinklusifan.

徐国玮