Kes COVID-19 di Indonesia Cecah 50 Ribu

2020-06-26 14:46:59  CRI
Share with:

Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 50,187 selepas 1,178 lagi kes baharu dilaporkan dalam masa 24 jam semalam.

Data Agensi Pencegahan Bencana Negara Indonesia meletakkan angka kematian akibat COVID-19 di negara itu pada 2,620 sementera 20,449 orang sudah sembuh seluruhnya.

Sejak tercetusnya pandemik, Indonesia telah selesai menguji 709,000 sampel.

Presiden Joko Widodo (Jokowi) kelmarin menyatakan, ancaman wabak ini masih belum berlalu. Beliau meminta rakyat mematuhi aturan pencegahan wabak dan panduan kebersihan seperti memakai penutup hidung dan mulut, kerap mencuci tangan, mengekalkan jarak sosial, serta mengelakkan daripada berkumpul beramai-ramai.

Indonesia telah membina sistem maklumat komprehensif yang dinamakan “bersatu padu melawan wabak”, sebuah mekanisme mengesan dan menganalisis statistik berkaitan wabak di setiap kaunti dan bandar.

徐国玮