Thailand Lanjut Darurat ke Hujung Julai

2020-06-26 14:04:53  CRI
Share with:

Pihak berkuasa pengurusan wabak Thailand telah bersetuju untuk melanjutkan perintah darurat di seluruh negara hingga hujung Julai, bagi memastikan situasi wabak kekal terkawal.

Ketua Majlis Keselamatan Negara (NSC) Somsak Rungsita semalam menyatakan bermula 1 Julai, tempat-tempat komersial dan aktiviti awam yang dianggap berisiko tinggi akan dibuka semula seluruhnya, maka pelanjutan perintah darurat adalah amat perlu bagi memastikan wabak yang sudah mereda tidak menular kembali.

胡星