Sidang Kemuncak ASEAN ke-36 diadakan secara maya pada 26 Jun lalu. Kenyataan pengerusi sidang kemuncak itu mengumumkan keputusan untuk menubuhkan satu tabung bagi menangani wabak COVID-19 di samping sedaya upaya merangsang pemulihan ekonomi.
ASEAN akan menyusun rangka pemulihan ekonomi yang menyeluruh bagi membantu negara-negara serantau mengharungi fasa penyambungan semula.
Dalam pada itu, usaha hendaklah dilakukan untuk memperkukuh kerjasama sesama anggota ASEAN serta ASEAN dengan rakan kongsi supaya memastikan tindakan bersama diambil negara-negara serantau untuk membendung penularan wabak di samping mengurangkan kesan negatif dalam pelbagai sektor.