Melangkah ke Hidup Lebih Bahagia – Ilmu Adalah Kunci

2020-06-28 16:07:01  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_6012_34ba200d-b140-40dc-914d-e4290a0ee023

Ilmu pengetahuan kunci bagi mengubah hidup seseorang. Inilah yang boleh dirumuskan oleh Zhang Dehua yang dahulunya berasal dari keluarga miskin di kawasan luar bandar Yiyang, namun berjaya memajukan perniagaan sendiri sehingga menyumbang kepada pendapatan petani di kampung halamannya.

图片默认标题_fororder_1592577689988_830_600x450

Seawal usianya 16 tahun, Zhang sudah mula keluar mencari rezeki menerusi pelbagai kerja termasuk pelayan dan penjual di kaki lima serta berazam untuk melakar kehidupan yang lebih baik.

 

Selain bekerja, Zhang juga meluangkan masa lapang untuk melanjutkan pelajaran. Selepas memperoleh diploma, ijazah sarjana muda pula menjadi matlamat baharu yang diperjuangkannya ketika ini.

图片默认标题_fororder_1592577714363_954_600x337

Sayur jeruk meigan, antara makanan istimewa di kampung halaman Zhang Dehua. Dengan inspirasi menghasilkan produk jeruk meigan dalam bungkusan makan segera, Zhang menubuhkan syarikat di pangkalan keusahawanan belia di bandar Yiyang. Melalui kerjasama dengan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Pertanian Hunan, perniagaan beliau boleh dikatakan amat berjaya sehingga menjana pendapatan untuk 1,193 buah keluarga tempatan yang berpendapatan rendah.

张哲