ASEAN Mahu RCEP Termeterai Tahun Ini

2020-06-28 15:43:03  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak ASEAN ke-36 diadakan secara maya pada 26 Jun lalu. Kenyataan pengerusi sidang kemuncak itu menaruh harapan tinggi agar Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) tercapai sebelum hujung tahun ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jumaat lalu, pemimpin pelbgai negara bersetuju agar RCEP yang moden, komprehensif, berkualiti tinggi dan saling menguntungkan tercapai pada tahun ini, selain melahirkan komitmen untuk menyokong sistem perdagangan multilateral yang terbuka, inklusif dan berlandaskan prinsip.

Telesidang peringkat menteri mengenai RCEP diadakan pada 23 Jun. Menteri ekonomi dan perdagangan dari 10 negara ASEAN serta China, Jepun, Korea Selatan, Australia, dan New Zeland menyertai mesyuarat berkenaan. Berdasarkan konsensus yang dicapai sidang kemuncak RECP ke-3, pelbagai negara akan berusaha untuk mewujudkan perjanjian tercapai pada tahun ini.

覃淼