Setiausaha Parti Cawangan Kampung Bimbing Petani Keluar dari Kemiskinan - Wang Mengmeng: Terus Pergiat Usaha Basmi Kemiskinan di Kampung

2020-06-29 12:57:19  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_wangmengmeng1

Wang Mengmeng, setiausaha parti cawangan kampung Xikong, Pekan Wuxu, kaunti Dingyuan, bandar Chuzhou, provinsi Anhui, sudah berkhidmat di situ selama 7 tahun setelah lulus dari Universiti Industri Hefei pada 2013.

Beliau membimbing penduduk kampung Xikong untuk keluar dari belenggu kemiskinan, seterusnya meningkatkan pendapatan melalui “pupuk semangat keusahawanan” dan “bantu miskin melalui perindustrian”.

Akibat penularan wabak COVID-19, lebih 90 keluarga miskin di kampung kehilangan punca pendapatan yang memaksa Wang membekukan cuti Tahun Baru Cina beliau dan kembali ke kampung itu untuk menghulurkan tangan kepada usaha pencegahan dan kawalan wabak di samping berusaha membantu syarikat, bengkel dan kilang untuk operasi semula bagi menjamin kelangsungan pendapatan penduduk miskin setempat.
Lambat laun, wabak COVID-19 pasti berakhir suatu hari nanti dan usaha serta proses untuk keluar dari kemiskinan dan menjana keuntungan akan tetap berterusan.

图片默认标题_fororder_wangmengmeng2

Taman Industri Pertanian Moden Wanxu yang merupakan sumber pendapatan utama kampung tersebut telah dinaiktaraf untuk mengembangkan industri buah-buahan atas pimpinan Wang dan ia dijangka mampu menyediakan peluang kerja kepada lebih 20 keluarga miskin di samping meningkatkan keuntungan sebanyak RMB20,000 (RM12,000)untuk setiap keluarga di kampung.

Dalam tempoh hampir 5 tahun kebelakangan ini, sebanyak 135 keluarga miskin telah berjaya keluar dari belenggu kemiskinan di kampung Xikong.
Bagi Wang, rancangan yang direncanakan seterusnya ialah untuk mengembangkan industri pelancongan bertemakan kampung desa supaya dapat memperkukuh hasil yang telah dicapai dalam usaha membasmikan kemiskinan.
 

张宪