Bagai Anjing Menyalak Bukit

2020-06-30 14:09:28  CRI
Share with:

Mike Pompeo bagai anjing menyalak bukit, yang tidak henti-henti melemparkan tohmahan apabila melihat negara lain bantu-membantu.

Setiausaha Negara AS itu baru-baru ini menyelar sokongan China terhadap Afrika sebagai “janji kosong”, malahan memburuk-burukkan hasil sidang kemuncak khas China dan negara-negara Afrika mengenai kerjasama membendung COVID-19.

Pada hakikatnya, China dan Afrika sentiasa bergotong-royong dalam perjuangan menewaskan wabak. China telah menghulurkan bahan bantuan dalam jumlah yang besar kepada lebih 50 negara Afrika serta Kesatuan Afrika (AU), selain menghantar pasukan perubatan ke 11 negara di benua berkenaan, mengadakan lebih 30 telesidang pakar dan menjalankan hampir 400 aktiviti latihan.

Antara yang dipersetujui kedua-dua pihak termasuklah komitmen untuk membolehkan negara-negara Afrika terlebih dahulu menikmati hasil penyelidikan dan pembangunan vaksin COVID-19 oleh China, dan dikecualikan daripada hutang pinjaman tanpa faedah yang perlu diselesaikan menjelang hujung tahun ini di bawah rangka Forum Kerjasama China-Afrika.

Keadaan sama sekali berkontras apabila banyak negara Afrika mengatakan mereka tidak pernah pun menerima bantuan perubatan seumpama daripada AS, berbeza dengan dakwaan yang dibuat Pompeo berkali-kali sebelum ini.

Sudah lama diketahui, politikus AS seperti Pompeolah yang sejak dahulu lagi membuat janji kosong, membuli negara-negara Afrika dan melaksanakan dasar yang diskriminatif dari segi ras. Mereka ini tidak pernah memandang Afrika sebagai rakan kongsi yang sama rata dan tidak pernah mengendahkan kesejahteraan rakyat Afrika, sebaliknya hanya memperalat benua itu demi hegemoni negara sendiri.

周乔西