Pompeo Bersandiwara Solo

2020-07-01 13:35:42  CRI
Share with:


Undang-undang keselamatan negara melibatkan Hong Kong diluluskan sebulat suara oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China semalam, dan berkuat kuasa serta-merta.


Langkah penyelesaian yang diambil Beijing itu memaksa sesetengah politikus asing menanggalkan topeng, membongkar wajah sebenar mereka yang mahu mengekang China menerusi campur tangan dalam isu Hong Kong. 

Terdahulu, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo berkata negaranya akan menamatkan eksport peralatan ketenteraan ke Hong Kong, dan mendakwa dirinya sentiasa berdiri di sisi warga Hong Kong. Namun, apabila melihat China berazam untuk memuktamadkan undang-undang berkenaan, ia tidak sabar lagi untuk bertindak mengenakan sekatan ke atas Hong Kong. 

Semakin banyak fakta membuktikan ASlah dalang di belakang gerakan kekerasan yang berlaku di Hong Kong. Pompeo dilaporkan pernah kerap kali bertemu dengan pencetus huru-hara demi memberikan “galakan” kepada mereka. Dewasa ini, memandangkan rakan sekutunya bergegas-gegas mencari jalan untuk mengelakkan diri daripada tindakan undang-undang, Pompeo terpaksa meneruskan modus operandinya secara solo.
董筱娉