China, Myanmar Galak Kerjasama Setempat

2020-07-10 13:25:16  CRI
Share with:

Telesidang Penyelarasan Yunnan dan Mandalay diadakan semalam, atas anjuran Parti Komunis China (PKC) dan Liga Kebangsaan untuk Demokrasi (NLD) Myanmar.

Menteri Kanan Myanamr, Aung San Suu Kyi menyifatkan sidang itu cerminan persahabatan Pauk Phaw dan kerjasama komprehensif. Kawasan-kawasan setempat di kedua-dua negara digalakkan memperhebat kerjasama pragmatik dalam ekonomi digital dan menyuntik kedinamikan kepada perkongsian strategik komprehensif serta komuniti berkongsi nasib dua negara.

Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat PKC, Song Tao berkata sidang itu bertujuan melaksanakan persepakatan antara pemimpin yang tercapai semasa lawatan Presiden Xi Jinping ke Myanmar awal tahun ini, di samping membina wahana kerjasama setempat menerusi saluran parti, menghadapi cabaran wabak, dan mendorong pembangunan Jalur dan Laluan serta Koridor Ekonomi China-Myanmar.  

 

 

高蕾