China, Singapura Pergiat Kerjasama Pragmatik

2020-07-10 13:24:25  CRI
Share with:

Berdepan penularan pandemik COVID-19, negara-negara di dunia harus mengelak daripada melaksanakan kawalan eksport ataupun mengenakan halangan dalam bentuk tarif dan bukan tarif.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng berujar demikian dalam sidang media semalam, sambil menambah bahawa negara-negara perlu membatalkan sebarang sekatan perdagangan melibatkan barangan keperluan terutamanya bekalan perubatan.

Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan China bersama-sama jabatan berkenaan Singapura serta beberapa negara lain telah mengeluarkan satu kenyataan bersama mengenai kesalinghubungan rantai bekalan.

Gao berkata, China dan Singapura sedang mempergiat kerjasama pragmatik, mendorong kelancaran perdagangan dan kestabilan rantai industri, di samping menggalakkan pemulihan dan pembangunan ekonomi serantau dan global.

高蕾