Keputusan pilihan raya di Singapura tidak mencapai jangkaan, namun tetap mempamerkan kepercayaan rakyat terhadap parti pemerintah.
Demikian dinyatakan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam sidang media hari ini.
Beliau berkata, rakyat masih menyokong dan mempunyai keyakinan terhadap Parti Aksi Rakyat (PAP). Beliau akan menghormati mandat rakyat dan komited membawa negaranya keluar dari krisis COVID-19.
Dimaklumkan, dalam pilihan raya Singapura ke-13 yang berakhir semalam, PAP memperoleh 83 daripada 93 kerusi dalam kongres, sekali gus dapat melanjutkan penggal pentadbirannya.