CAFTA: 'Dekad Keemasan' Bentuk Pola Baharu Ekonomi dan Perdagangan Dunia

2020-07-12 14:43:58  CRI
Share with:

Walaunpun terkena tamparan wabak COVID-19, perdagangan China dan ASEAN tetap berkembang pesat, terbukti dengan jumlah perdagangan dua hala pada Januari hingga Mei lalu meningkat 4.2% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. ASEAN sudah pun berubah menjadi rakan dagang terbesar bagi China.

Sejak Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) ditubuhkan pada 1 Januari tahun 2010, perdagangan kargo dan perkhidmatan dua hala berkembang pesat, dan penyelarasan antara rantai industri dengan rantai nilai menjadi semakin sempurna. Terbentuklah pola baharu ekonomi dan perdagangan dunia di CAFTA dalam tempoh 10 tahun yang lalu yang disifatkan sebagai 'dekad keemasan'.

Angka daripada Kementerian Perdagangan China menunjukkan, tarif bagi sebanyak 7,000 jenis produk dalam rangka CAFTA telah dibatalkan, sedangkan layanan tarif sifar dapat dilaksanakan terhadap lebih 90% barangan. Jumlah perdagangan dua hala yang mula-mulanya mencatat USD54.8 bilion (RM233.7 bilion) pada tahun 2002 ketika CAFTA ditubuhkan, meningkat ke USD600 bilion (RM2.56 trilion)pada tahun 2019.

Penganalisis berpendapat, kerjasama dalam sektor monetari dan kewangan yang berkembang terus menandakan kerjasama China dan ASEAN diintensifkan terus. Kerjasama kedua-dua pihak sedang diperluas dan dipertingkat ke taraf lebih tinggi yang melibatkan kewangan rentas sempadan, ekonomi digital, teknologi telekomunikasi 5G dan pandu arah satelit.

曹捷