25,708 Kes Denggi di Thailand

2020-07-13 17:19:56  CRI
Share with:

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Awam Thailand, Suwanchai Watanayingcharoenchai semalam memaklumkan sebanyak 25,708 kes demam denggi dikesan di negara itu pada 1 Januari hingga 8 Julai lalu, dengan 15 maut. 

Golongan berusia 15 hingga 24 tahun yang paling berisiko, diikuti remaja berumur 10 hingga 14 tahun. Lokasi yang melaporkan kadar insidens tinggi kebanyakannya di timur laut negara itu yang keadaan kebersihan persekitarannya kurang baik.

Banyak tempat di serata Thailand mengalami hujan berterusan sejak bermulanya musim hujan ini, menyebabkan nyamuk lebih mudah membiak.

徐国玮