Singapura Lapor Jangkitan Pertama di Sekolah

2020-07-13 14:10:37  CRI
Share with:

Kementerian Kesihatan Singapura pada malam 11 Julai mengumumkan bahawa seorang remaja perempuan berumur 13 tahun didapati positif COVID-19. Remaja itu pernah bergaul rapat dengan seorang pelajar lelaki yang sebelum ini telah disahkan positif. Remaja perempuan itu mula dikuarantin sejak 6 Julai dan tidak menunjukkan simptom.

Ini kali pertama berlakunya jangkitan virus tersebut di kampus sekolah negara itu.

Kira-kira 70 pelajar dan kakitangan sekolah yang pernah bergaul rapat dengan pelajar lelaki berkenaan sudah disaring dan didapati negatif.

Susulan kes terbaharu ini, Kementerian Kesihatan mengeluarkan perintah isolasi terhadap enam pelajar dan empat kakitangan sekolah.

Singapura mula membuka semula sekolah secara berperingkat bermula 2 Jun lepas.

胡星