Myanmar Lanjut Lagi Perintah Kawal Wabak

2020-07-14 11:45:35  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_myanmar

Pihak berkuasa Myanmar telah melanjutkan lagi perintah kawalan dan pencegahan COVID-19 yang sebelum ini dijadualkan berakhir pada 15 Julai, kepada 31 Julai. Ini kali keenam kerajaan negara itu melanjutkan perintah berkenaan.

Myanmar telah menguatkuasakan arahan isolasi terhadap pelancong asing bermula 15 Mac, menggantung penawaran Visa Ketibaan (VOA) dan e-visa pada 21 Mac, kemudian menghentikan kemasukan pesawat penumpang komersial pada 30 Mac.

Pada 23 Mac, Myanmar melaporkan kes COVID-19 yang pertama. Setakat ini, 336 kes positif telah dilaporkan di negara itu, antaranya enam meninggal dunia sementara 261 sudah sembuh.

Kini, tiada jangkitan baharu dilaporkan di Myanmar dalam masa lebih sebulan. Kawalan domestik telah dilonggarkan, namun sekatan terhadap penerbangan antarabangsa masih dilaksanakan.

覃淼