Lebih 200 Ribu Pekerja Asing di Singapura Disaring

2020-07-15 14:01:27  CRI
Share with:

Kementerian Kesihatan Singapura semalam mengesahkan pihaknya sudah menyaring seramai 215 ribu pekerja asing yang tinggal di asrama, iaitu dua pertiga daripada keseluruhan pekerja asing yang menetap di asrama.

Kementerian tersebut menjangka dapat selesai menjalankan pemeriksaan COVID-19 terhadap kesemua pekerja asing yang menghuni asrama menjelang pertengahan Ogos.Sebanyak 347 jangkitan baharu dilaporkan di Singapura semalam setakat pukul 12.00 tengah hari, menjadikan jumlah keseluruhannya 46,630. Antara jangkitan baharu, kebanyakannya merupakan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Difahamkan, terdapat 200 ribu pekerja asing yang tinggal di 43 asrama khas, selain 100 ribu lagi yang tinggal di asrama sementara atau kediaman yang dibina semula dari kilang.

胡星