AS Dituntut Henti Buat Huru-Hara di Laut China Selatan

2020-07-15 15:18:46  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) telah melanggar komitmen yang dibuatnya secara terbuka untuk tidak menyebelahi mana-mana pendirian berkaitan isu kedaulatan di Laut China Selatan, apabila Jabatan Negaranya mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara itu kelmarin.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian semalam menegaskan bahawa kenyataan terbabit mengabaikan fakta dan sejarah, membelakangi undang-undang antarabangsa, sengaja menghasut pertikaian wilayah dan menjejaskan ketenteraman di perairan berkenaan.

China menyuarakan sekeras-keras bantahan terhadap tindakan AS, dan mengesa negara itu menghentikan cubaan untuk mencetuskan huru-hara di Laut China Selatan. AS diseru supaya tidak terus menempuh jauh di jalan yang salah.

Kenyataan Jabatan Negara AS itu mendakwa China hanya secara rasmi mengumumkan “garis putus-putus” yang menandakan sempadan wilayahnya di Laut China Selatan pada 2009.

Zhao berkata, ini sama sekali tidak konsisten dengan fakta. Kedaulatan dan kepentingan China di perairan berkenaan lahirnya daripada proses yang cukup panjang dalam sejarah. China telah pun melaksanakan bidang kuasa terhadap kepulauan, terumbu dan perairan di Laut China Selatan untuk lebih seribu tahun lamanya.

“Garis putus-putus” yang dimaksudkan itu diumumkan pihak berkuasa China pada 1948. China akan terus membela kedaulatan dan keselamatan negara mengikut undang-undang, serta memelihara hubungan persahabatan dan kerjasama dengan negara-negara serantau agar mengekalkan kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan. 

徐国玮