COVID-19:Lebih 80 Ribu Kes di Indonesia

2020-07-16 13:27:57  CRI
Share with:

Kementerian Kesihatan Indonesia memaklumkan, sebanyak 1,522 lagi kes jangkitan COVID-19 dilaporkan di negara itu semalam, menjadikan jumlah keseluruhannya 80,094. Daripadanya, 39,050 telah sembuh manakala 3,797 orang meninggal dunia.

Presiden Joko Widodo (Jokowi) melalui akaun Twitternya menyatakan baru-baru ini bahawa wabak COVID-19 membawa tempias terhadap ekonomi Indonesia, dan perbelanjaan kerajaan dianggap kaedah utama bagi merangsang pemulihan ekonomi. Beliau menggesa badan-badan kerajaan mempermudah prosedur demi mempercepat perbelanjaan terlibat.

覃淼