AS Digesa Henti Campuri Ehwal Dalaman Filipina

2020-07-17 12:56:40  CRI
Share with:

Jurucakap Presiden Filipina, Harry Roque menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya berhenti mencampuri hal ehwal dalaman negaranya.

Gesaan tersebut menyusuli kritikan sesetengah ahli kongres AS mengenai undang-undang antikeganasan baharu yang dikuatkuasakan di Filipina.

Roque dalam taklimat media secara maya semalam menyatakan Filipina telah bergelut dengan isu keganasan dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dan ada beberapa kumpulan militan yang berkecenderungan ke arah keganasan aktif di dalam negeri.

Pada 3 Mac, Presiden Rodrigo Duterte menurunkan tandatangannya pada Akta Antikeganasan 2020 bagi menyokong perjuangan membanteras keganasan, selepas usul itu diluluskan oleh parlimen.

Baru-baru ini, ahli kongres AS mengkritik undang-undang tersebut kerana “mencabuli hak asasi manusia” dan menuntut pihak Filipina memansuhkannya dengan serta-merta.

覃淼