Mesyuarat Khas Menteri Pengangkutan China-ASEAN

2020-07-17 13:32:04  CRI
Share with:

Mesyuarat Khas Menteri Pengangkutan China-ASEAN diadakan secara maya semalam. Para menteri bersetuju untuk meningkatkan kerjasama, bersama-sama menjamin kelancaran pengangkutan dan logistik antara satu sama lain, serta menyumbang kepada kestabilan rantai bekalan global.Menteri Pengangkutan China, Li Xiaopeng dalam ucaptamanya berkata, sinergi dan perpaduan satu-satu pilihan bagi semua kerana pandemik tiada sempadan. Semua pihak diharap terus berpegang pada konsep kerjasama, bergabung tenaga mencegah penularan wabak rentas sempadan, di samping memastikan pengangkutan dan logistik berjalan lancar agar menyumbang kepada pemulihan sosioekonomi secara teratur.

Para menteri ASEAN yang sebulat suara menyanjung tinggi langkah-langkah China dalam melawan pandemik, mencadangkan supaya penyelarasan dipertingkat lagi bagi membendung pandemik dan memulihkan ekonomi serantau.Mesyuarat turut meluluskan Pengumuman Bersama Menteri Pengangkutan China-ASEAN.

胡星