Sekolah Bantuan China Beroperasi di Myanmar

2020-07-17 15:22:20  CRI
Share with:

Sekolah Rendah Yae Phyu di Myanmar yang diperluas dengan bantuan Tabung Kedamaian dan Pembangunan China (CFPD) mula beroperasi semalam.

Pembinaan semula sekolah itu di bawah inisiatif “sahabat Laluan Sutera”, sebuah projek muhibah yang dijalankan kedua-dua negara. Kedutaan Besar China di Myanmar, Pusat Budaya China di Yangon dan Persatuan Syarikat China di Myanmar telah menyumbangkan buku dan perkakas pelajaran kepada sekolah itu, lalu menanam “pokok persahabatan” di kampus sekolah.

Dalam tempoh hampir 10 tahun lalu, CFPD telah menyediakan bantuan sebanyak USD4 juta (RM18.2 juta) dalam bidang pendidikan, perubatan dan pertukaran kemanusiaan kepada Myanmar. Tabung tersebut turut bekerjasama dengan pihak Myanmar untuk membina 18 sekolah rendah termasuk Sekolah Rendah Yae Phyu di Yangon

徐国玮