Multilateralisme, Fokus Telesidang Menteri Luar China-Lima Negara Asia Tengah

2020-07-17 13:31:10  CRI
Share with:

Menteri-menteri luar China dan lima negara Asia Tengah mengadakan mesyuarat secara maya buat julung kali semalam, dipengerusikan Menteri Luar China, Wang Yi.

Wang berkata, kerjasama China dengan rantau berkenaan berasaskan keperluan bersama, dan tidak menyasarkan mana-mana pihak ketiga. Kedua-dua pihak harus menjunjung tinggi panji-panji multilateralisme, bersama-sama menggalakkan keadilan dan kesaksamaan antarabangsa serta pendemokrasian hubungan antarabangsa.

Ujar Wang Yi, kerajaan China amat mementingkan perkongsian strategik dengan negara-negara Asia Tengah, di samping menyokong mereka melakar pembangunan mengikut jalan sendiri sambil memelihara kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah masing-masing. Kerjasama yang berdasarkan keperluan bersama ini tidak mempengaruhi kerjasama dua mahupun pelbagai hala yang sedia ada di rantau Asia Tengah.

Katanya, China mengalu-alukan negara-negara Asia Tengah memainkan peranan lebih besar, bersedia sokong-menyokong dalam isu-isu yang menjadi keperihatinan bersama, menjaga norma asas hubungan antarabangsa, dan melindungi hak dan kepentingan yang sah.

Difahamkan, para menteri luar mencapai persepakatan dalam sembilan perkara, termasuk meningkatkan sinergi membendung wabak, membuka “laluan pantas” dan “laluan hijau” bagi pertukaran kakitangan dan barangan, menggalakkan penyelarasan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan strategi pembangunan Asia Tengah, selain membina sebuah perkongsian ekonomi digital.

胡星