Projek Pasang Galang Jambatan Ban Ladhan Selesai

2020-07-17 15:20:16  CRI
Share with:

Projek memasang galang jambatan Ban Ladhan yang merentasi Sungai Mekong kira-kira 230 kilometer dari Vientiane, selesai baru-baru ini.

Setakat ini, projek memasang galang bagi dua jambatan seumpama bagi landasan kereta api China-Laos telah selesai, meletakkan asas yang baik bagi menyiapkan landasan tersebut menurut jadual.

Landasan kereta api China-Laos merupakan penyambung antara Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan strategi untuk mengubah Laos daripada sebuah negara pedalaman yang terputus dengan luar. Landasan itu mula dibina pada Disember 2016 dan dijadualkan beroperasi menjelang Disember 2021.

徐国玮