Politikus AS Pencabul Hak Asasi Manusia Terbesar

2020-07-18 15:38:32  CRI
Share with:

Politikus Amerika Syarikat (AS) yang sering berbohong seperti Setiausaha Negara, Mike Pompeo dan Penasihat Keselamatan Negara, Robert C. O'Brien baru-baru ini selalu memfitnah dasar kerajaan China terhadap Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang dengan alasan hak asasi manusia. Mereka mengedarkan kata bohong seperti "penahanan banduan beramai-ramai", "kerja paksa" dan "kawalan populasi". Namun mereka sendiri tidak mampu menunjukkan sebarang bukti yang benar, sebaliknya kata bohong mereka selalu dibongkar.

Sebenarnya, dasar kerajaan China terhadap wilayah Xinjiang yang sentiasa difitnah oleh politikus AS merupakan perlindungan terbesar terhadap hak asasi manusia. Berikutan keberkesanan dasar antikeganasan dan membasmi ekstremisme, tiada serangan keganasan atau kekerasan berlaku di wilayah itu dalam tempoh lebih tiga tahun yang lalu. Keselamatan nyawa rakyat terjamin.

Selain itu, lebih 151 ribu orang dari keluarga miskin di selatan Xinjiang dipindahkan ke kawasan yang lebih sejahtera sejak 2018. Pada masa ini, kesemua mereka berjaya mengatasi kemiskinan dan pendapatan per kapita mereka mencatat RMB45 ribu (RM26.5 ribu) setahun.

AS menanggap diri sebagai "pembela hak asasi manusia", tetapi sebenarnya ia menjadi pencabul hak asasi manusia yang paling besar di dunia. Perang dan operasi ketenteraan yang dilancarkan oleh AS di beberapa negara Asia Barat dalam tempoh 20 tahun yang lalu mengakibatkan krisis kemanusiaan yang serius dan mencabul dengan teruk hak asasi manusia penduduk di negara-negara tersebut. Selain itu, jurang perbezaan yang semakin besar antara golongan kaya dan golongan miskin pula mengakibatkan masalah hak asasi manusia yang serius di negara itu, khususnya setelah tercetusnya pandemik COVID-19.

Dalam sidang ke-44 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) yang diadakan baru-baru ini, 46 negara mengeluarakn kenyataan yang memuji pembangunan hak asasi manusia di Xinjiang dan mengutuk keras AS yang memprovokasi China dengan alasan hak asasi manusia. Ini membuktikan keadilan dalam hati manusia.

徐国玮