Niat Mengacau Laut China Selatan Pasti Gagal

2020-07-19 14:49:27  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo baru-baru ini kerap kali mengheboh-hebohkan ketegangan situasi di Laut China Selatan, memfitnah tuntutan kedaulatan dan kepentingan China di Laut China Selatan sebagai "tidak sah" serta melaga-lagakan hubungan China dengan negara rantau tersebut. Dalam pada itu, pesawat dan kapal perang tentera AS kerap kali melakukan tindakan provokasi di Laut China Selatan. Berlatar bekalangkan hubungan China-AS yang semakin meruncing, Mike Pompeo berniat untuk mengekang China menerusi tindakan merosakkan keamanan dan ketenteraman di Laut China Selatan.

China dan ASEAN sedang mempercepat rundingan mengenai Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC). Mike Pompeo yang membuat kekacauan pada masa ini bertujuan untuk menghasut negara-negara terlibat melakukan konfrontasi dengan China hingga menjejaskan hubungan mapan antara China dengan ASEAN. Dalam pada itu, politikus AS ingin menggunakan isu Laut China Selatan untuk mempertanggungjawabkan China atas kegagalan sendiri dalam membendung penularan wabak COVID-19, selain memberikan peluang kepada penjual senjata di dalam negerinya.

Walau bagaimanapun, negara ASEAN sudah lama menyedari bahawa politikus AS yang hanya "mengutamakan kepentingan AS” tidak mungkin benar-benar mempertimbangkan kepentingan negara lain.

Naib Setiausaha Agung ASEAN, Kung Phoak mengarang artikel yang menyatakan bahawa peningkatan kerjasama antara ASEAN dengan China dalam sektor kesihatan awam, tentu akan mengintensifkan situasi menang-menang antara kedua-dua pihak. Import dan eksport China dengan ASEAN merekodkan pertumbuhan pada separuh tahun pertama tahun ini. ASEAN kini rakan dagang terbesar bagi China. Kedua-dua pihak aktif menggalakkan rundingan mengenai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang membantu memperkasakan integrasi serantau dan membawa lebih banyak peluang pembangunan.

China dan negara-negara ASEAN mempunyai kemampuan dan kebijaksanaan untuk menangani isu sendiri, serta tidak memerlukan atau membenaran campur tangan dari negara luar rantau. Politikus AS digesa memberikan tumpuan perhatian kepada kawalan dan pencegahan wabak di dalam negaranya. Niat yang mahu membuat kekacauan di Laut China Selatan pasti akan gagal.
 

覃淼