Ekonomi China Pulih, Manfaat Buat Dunia

2020-07-20 13:22:44  CRI
Share with:

Ekonomi China yang semakin pulih serta penanaman modalnya terhadap negara asing yang meningkat secara berterusan akan mendatangkan manfaat kepada seluruh dunia, ujar Ketua Pengarah Pusat Pengajian ASEAN Universiti Chulalongkorn, Piti Srisangnam.

Dalam temu bual eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG), Piti berkata ASEAN amat mementingkan kesalinghubungan sesama anggota, serta ikatan dengan China di bawah rangka Jalur dan Laluan.

Beliau turut menyuarakan harapannya untuk melihat wawasan komuniti berkongsi nasib sesama insan anjuran Presiden China, Xi Jinping direalisasikan dalam masa terdekat ini.

Beliau menambah bahawa ekonomi China enjin penting bagi menstabilkan rantai bekalan global, lebih-lebih lagi dalam konteks penularan pandemik COVID-19 di dunia ketika ini. China juga telah menjadi teladan dalam menggalakkan solidariti ketika membendung wabak serta membekalkan produk kesihatan awam kepada dunia.

周乔西