Ikatan China, Laos Makin Kukuh

2020-07-22 13:18:01  CRI
Share with:

 

China mahu melihat hubungan Beijing-Vientiane melonjak ke tahap yang lebih tinggi, kata Perdana Menteri Li Keqiang semasa pertemuan secara maya dengan rakan sejawatnya dari Laos, Thongloun Sisoulith semalam.

Li berkata China amat mementingkan hubungan dengan Laos, dan mahu merancakkan kerjasama untuk mempercepat pelaksanaan projek-projek utama seperti koridor ekonomi dua negara. Sokongan juga disalurkan dengan sedapat mungkin untuk membantu Laos mewujudkan pembangunan mampan.

Beliau menyatakan Kerjasama Lancang-Mekong komponen penting sinergi China dengan ASEAN. China bersedia bersama-sama semua negara terlibat termasuk Laos menjayakan beberapa acara penting yang dijadualkan tahun ini, termasuk persidangan pemimpin Asia Timur, yang dipercayai akan menggalakkan perkembangan mampan hubungan China-ASEAN serta keamanan dan kemakmuran serantau.

董筱娉