China Tetap Tumpuan Pelabur

2020-07-22 13:52:02  CRI
Share with:

Cawangan Kumpulan Volkswagen (VW) Jerman merancang melabur lebih EUR4 bilion (RM19.6 bilion) bersama-sama rakan kongsinya di China pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif cawangan itu, Dr. Stephan Wollenstein dalam temu bual eksklusif dengan Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini menyatakan bahawa keterbukaan China terhadap pasaran dunia yang semakin diperluas mengundang lebih banyak peluang kepada syarikatnya.

Sama seperti susun atur strategik dibuat VW, beberapa syarikat asing termasuk pembekal semikonduktor dan peralatan telekomunikasi, Qualcomm Incorporated, syarikat minyak terbesar AS, Exxon Mobil, serta PepsiCo, Inc., dan Bank JP Morgan masing-masing merebut peluang untuk meneroka pasaran China dalam tempoh beberapa bulan lalu.

Pada masa ini, ekonomi China semakin pulih daripada tempias pandemik COVID-19, dengan petunjuk utama seperti pengeluaran perindustrian dan penggunaan terus-menerus meningkat. Trend pemulihan ekonomi ini bukan sekadar menarik kemasukan pelbagai jenis sumber dari luar, malah memperkukuh keyakinan syarikat asing untuk mempergiat penanaman modal terhadap China.

Sebagai satu lagi pendekatan bagi menarik modal asing, kerajaan China semalam mengeluarkan pelan bagi mengoptimumkan iklim perniagaan, menyediakan khidmat yang lebih berkualiti kepada entiti pasaran, dan mengurangkan sekatan berhubung pelaburan dan operasi syarikat asing di negara ini.

 

周乔西