Misi ke Marikh Janji Manfaat buat Semua

2020-07-24 13:17:05  CRI
Share with:

 

China melangkah satu tapak ke hadapan dalam misi eksplorasi planet Marikh dengan pelancaran prob Tianwen-1 semalam.

Misi penerokaan tersebut membabitkan tugas mengorbit, mendarat dan merayau serta mengumpul data di planet merah itu, yang bakal menyaksikan kejayaan cemerlang bukan sahaja bagi bidang aeroangkasa China malah seluruh dunia.

Misi ke Marikh berlainan daripada projek aeroangkasa di orbit dekat Bumi seperti komunikasi satelit, navigasi dan penderiaan jauh, kerana tidak boleh diukur keuntungannya dari segi ekonomi dalam jangka pendek. Tugas penerokaan tersebut dilihat sebagai sumbangan besar buat seluruh umat manusia lantaran hasilnya akan dikongsi sesama insan.

Dewasa ini, kemajuan dalam proses globalisasi membolehkan negara-negara membangun seperti India, China dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut berkecimpung dalam misi eksplorasi Marikh, demi menyumbang kepada penemuan pengetahuan baharu berkaitan alam semesta.

Dengan menjunjung tinggi prinsip berteraskan kesamarataan, saling untung, penggunaan secara damai dan pembangunan inklusif, China mahu menjalinkan lebih banyak kerjasama antarabangsa dalam penerokaan angkasa lepas. Tugas Tianwen-1 kali ini boleh dicontohi untuk memajukan kolaborasi global, sekali gus praktik yang diambil untuk menyumbang kepada visi membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

董筱娉