Balasan Setimpal Untuk Pertahan Kepentingan

2020-07-25 13:43:42  CRI
Share with:

Kementerian Luar China semalam memberi notis pembatalan lesen penubuhan dan operasi konsulat AS di Chengdu, menuntut pejabat tersebut menghentikan segala urusannya.

Langkah itu sebagai respons kepada AS yang mengarahkan penutupan Konsulat China di Houston dengan dalih “melindungi hak harta intelek dan maklumat peribadi rakyatnya".

Provokasi politik AS seumpama jelasnya membelakangi undang-undang dan norma asas hubungan antarabangsa, hingga mengundang kritikan seluruh komuniti global.

Persahabatan antara negara lahirnya daripada ikatan rapat sesama rakyat. Kedutaan besar dan konsulat bukan sahaja mewakili kedaulatan dan maruah sesebuah negara, tetapi juga jambatan bagi merancakkan interaksi dua hala. Sebagai konsulat pertama China di AS, pejabat di Houston itu sentiasa mematuhi undang-undang antarabangsa dan tempatan. Usahanya untuk menyuburkan persahabatan dan kerjasama selama ini mendapat pengiktirafan masyarakat AS.

Gara-gara manipulasi oleh sesetengah politikus AS yang memegang prejudis ideologi dan mentaliti Perang Dingin, jambatan persahabatan antara rakyat dua negara kini berada di ambang kemusnahan, sekali gus menjejaskan teruk pertukaran dalam pelbagai sektor.

Pembangunan secara damai bukanlah bermakna membiarkan kedaulatan dan kepentingan diinjak-injakkan begitu sahaja. Tindakan balas setimpal yang diambil China memperlihatkan iltizamnya untuk mempertahankan kepentingan sendiri.

张哲