Lee Hsien Loong Kekal PM Singapura

2020-07-26 15:07:19  CRI
Share with:

 

Barisan Kabinet baharu Singapura menyaksikan kesinambungan kepimpinan di kebanyakan kementerian.

Menurut senarai barisan Kabinet yang diumumkan semalam, Lee Hsien Loong kekal menyandang jawatan Perdana Menteri, manakala Heng Swee Keat menjadi Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Ekonomi, dan Menteri Kewangan.

Dua menteri kanan, iaitu Teo Chee Hean dan Tharman Shanmugaratnam masing-masing kekal sebagai Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara dan Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Sosial.

Semasa senarai berkenaan diumumkan pada sidang media dalam talian, Lee berkata, kesinambungan kepimpinan memainkan peranan penting dalam usaha melawan COVID-19.

董筱娉